Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Showing posts with label :). Show all posts
Showing posts with label :). Show all posts

Friday, February 26, 2010

Sajak Mulidur Rasul s.a.w. 1431


Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya,
dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulisDan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinyaDan diberikan kepada manusia yang memerlukannyaKerana dia yakin,
esoknya dia hidup Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin,
anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya,
tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa,
hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnyaDia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak,
dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang,
disembunyikan marahnya,
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orangberkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanyaberbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’,
dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya,
lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasulsebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya,
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan,
matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Ibadahnya banyak,
terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu BakarPengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”Sibuta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang palingdibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul,
berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagiCerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya,
Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi,
kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah,
sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri,
sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin,
sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bilaKawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihankawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia,
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kataterhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga,
dia tetap merasahamba”Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut denganTuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya,
sentiasa ada,
Sangat ketara,
didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya.

Wednesday, February 24, 2010

IQRA MAUIDZAH [untuk renungan bersama]

Menasihati Manusia Suatu Tanggungjawab

Antara hak Muslim ke atas Muslim lain ialah tegur dan menasihati untuk menapis kemelut kehidupan agar segala gelodak kekotoran prilaku dapat disingkir daripada masyarakat.

Kepada orang yang ditegur dan dinasihat jangan cepat tersinggung dan marah,kerana pihak menasihati sedang berusaha memperbaiki dirinya. Ibarat beli alat penapis untuk menyaring air yang keruh berkeladak.

Sewajarnya berasa bertuah kerana ada pihak yang sudi memberi alat penapis air dengannya dapat air yang bersih. Bahkan sepatutnya merasa terhutang budi,kepada orang yang memberi nasihat.

Ini kerana orang yang menegur itu bertujuan mulia,berusaha menapis akhlak daripada segala perangai agar menjadi baik.

Melihat perkara buruk pada peribadi kawannya maka wajiblah memberi nasihat kerana kawan itu sahabat kita.

Sebaliknya jika kita menerima teguran hendaklah merasa mujur dan bertuah kerana ada pihak yang sudi selamatkan kita dari kesalahan dan kesilapan.

Menegur dan nasihat janganlah dengan jerkah dan marah.kerana dengan itu kita telah menghukum orang itu di pihak yang salah. Sedangkan ketika itu baru di peringkat tegur bukan menghukum ,berbahasa dengan lembut dan bersopan.

Jdi kewajipan seorang Muslim berusaha sungguh untuk menerap dan memasukkan rasa gembira ke dalam jiwa seseorang.Sama ada melalui budi bahasa atau tegur sapa juga mengadakan jmuan atau hadiah yang boleh menggembirakan hati orang.

Sabda termasyhur Nbi s.a.w " Tidak beriman seorang kamu hingga dia merasa kasih kepada saudaranya ,apa saja yang disayang untuk dirinya."

Untuk menjadi mukmin sejati tidak memadai hanya dengan menunaikan solat ,puasa,zakat dan haji sahaja.

Bahkan perlu ditambah dengan perahati orang lain seperti melihat diri sendiri. Apa saja yang dikehendaki dirinya begitu juga yang mesti dilakukan kepada orang lain.

Nabi s.a.w mengajar mengenai orang lain pada hakikatnya ialah saudara sendiri.Kerana seluruh insan berasal dari Adam a.s.

Walau sepupu atau sejuta pupu sekalipun namun mrreka tetap saudara . Mesti sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kita inginkan kesenangan sebagaimana orang lain juga.,apabila memiliki rezeki terutama makanan sayogia ada ingatan kepada jiran tertangga.

Walaupun mereka bukan waris dari sudut darah daging kita,tetapi dari segi Islam adalah bersaudara.

Apatah lagi orang itu sesama Islam yang baik di klangan orang alim dan seumpamanya. ,semakin erat hubungannya.






Tuesday, February 23, 2010

Ganjaran Lumayan Buat Ibu Bapa




Nilai iman adalah asas utama yang perlu dalam proses mendidik anak-anak . Ramai ibu bapa yang cemerlang mendidik anak mereka menjadi seorang yang berintelektetapi gagal memberi sinar iman kepada hati anak mereka.

Membentuk anak -anak menjadi insan yang beriman bukan suatu yang mudah.
Bukan sekadar teori tetapi amal praktis.

Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. berikut.

Pahala kebaikan melimpah.
Sada Nabi s.a.w. yang bermaksud; Pada hari kiamat kelak akan ada seorang yang diberi pahala sebesar gunung,lalu ia pun akan bertanya; Dari mana semuanya ini? Maka dijawab; Berkat permohonan ampun anakmu buatmu" {Riwayat al-Tbrani]


Ibu bapa tutut menikmati pahala kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak.

Anas meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; "Selama belum mencapai baligh,jika anak membuat kebaikan ,maka pahala kebaikan akan ditulis untuk kedua-dua orang tuanya,dan jika ia berbuat keburukan ,maka dosa keburukan tidak akan ditulis atas diri si anak maupun kedua orang tuanya.Apabila ia telah baligh,maka berlakulah baginya penulisan {DOSA DAN PAHALA}" {Riwayat Anas}

Amalan terus mengalir.

Sada Nabi s.a.w yang bermaksud; "Jika seorang anak Adam meninggal dunia,maka terputuslah amalnya melainkan tiga perkara,anak soleh yang mendoakannya,sedekah jariah dan ilmu yang menafaat."[ Riwayat Muslim]

Darjat yang tinggi di akhirat.

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda,mafhumnya; 'Sesungguhnya Allah akan benar-bevar mengangkat darjat seorang jhamba yang soleh di syurga kelak di luar dugaan hamba tersebut,sehingga dia bertanya; Ya Rab,bagaiman aku memperolehi kedudukan setinggi ini? Allah menjawab;'Berkat permohonan ampun anakmu,"[Riwayat al-Tbrani]

Berkumpul bersama di syurga

Rasulullah s,a,w, bersabda yang bermaksud;"Sesungguhnya Allah menaikkan darjat anak cucu orang Muslim[di syurga kelak] setingkat dengannya,meskipun amal soleh mereka lebih sedikit daripada amal solehnya ,dengan tujuan untuk mendekatkan mereka dengannya.[Riwayat al-Bazzar dan al-Tbrani.

Saturday, February 20, 2010

muhasabah


tiba-tiba terjaga dari tidur.........

terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan . Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga ,sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam trrsebut. Mulanya dari langkah pertama,berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur,bukan mengomel penuh kekesalan . Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.



Manusia Sering Menolak Hidayah......Bagaimana ?
  1. berpaling daripada hukum Allah s.w.t.
  2. mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t
  3. berpaling daripada tanda-tanda kekuasaa- Nya serta keesaan-Nya.
  4. mengelak daripada berbelanjakan wang ke jalan Allah.
  5. tidak suka berzikir menyebut nama Allah.
  6. lalai daripada mengingat akhirat.
  7. tidak membaca al-Quran dan merenungi isi kandungannya apatah lagi beramal dengan ajarannya.
  8. tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah kepadanya.
  9. terlalu mengikut hawa nafsu.
  10. mudah terpesona denga godaan syaitan dan tipu dayanya.
  11. memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan.

Bagaimana Merebut Hidayah?

  • Berpegang teguh dengan Agama.
  • Beriman dengan Allah s.w.t dengan sebaik-baik iman.
  • Beramal dengan al-Quran dan sunnah.
  • Berilmu.
  • Tidak menjadi hamba hawa nafsu.
  • Bermujahadah.
  • Taat pada Allah dan Rasul-Nya.
  • Bersabar fillah, billah dan `alallah
  • Berdoa kepada Allah.
  • Memperbanyakkan amalan sunnat.
  • Mendengar ceramah,peringatan atau tazkirah

Wednesday, February 17, 2010

THANK YOU CIKGU BAD

Assalamualaikum,

Inevitably, I am called upon to share my thoughts with you in this simple scribble.

First and foremost, I would like to express my gratitude and thank you for being a great and dedicated teacher to my daughter. Being in the education field, I truly understand and appreciate the value of hardwork and dedication especially in your case , travelling in great distance from the college to Simpang Lima without even demanding a pay that emulates the distance itself! My husband and I are in debted to your sincerity towards teaching.

Because of your regular visits to my house, my family and I now realised that you have become part of the family and part of our everyday routines with your presence and sence of humour. More visible with the positive changes that Fatin is now showing in comparison to her quiet silence nature especially at home. She has become a cheerful and kinder person. She is now more meticulous in her work ethics, and always looking at many things positively. Most amazingly is that she has shown great improvement in terms of hardwork and concentration being her outmost priority.

Alhamdulillah, I appreaciate your presence as the medium of change. Apart from that, I would like to sincerely apologise if any of me and my family words and actions that could have left a bad and negative feeling or even a heartbreak. It is never in our nature to create fends and conflict in between relationship. My family and I have accepted you in our world and even have perceived you as a son.

The love and care of my family for you are genuine and not merely to pleased the surface of relationships. Our attention and affection for you are not meant to be rewarded and renewed, they are of sincerity and trustworthy. It is not us to ask or force anyone especially you to show your liking and love for us, at least you have been part of our lives in your own way.

I truly understand that maybe our affection for you can can be intimidating and intruding but believe my words that every bits and pieces are meant for a great son like you in our extended family. I would like to guarantee that my daughter has learnt to adopt and adjusted herself to be an obedient mentee to her dedicated mentor.

Last but not least, my family and I would like to apology for any wrong doings and mistakes of the many meaningful times we had together. My family and I wish you all very best in your life especially in your many wonderful dreams , a lovely home and a luxury car with a happy family. I hope that we will meet again in near future with more good things to share with.

Happy 23rd Birthday and may your life ahead filled with joy and wealth.

With love from ;
Kak Fadzilah and Abang Rahimi,
Nur Fatin Lyana and Nur Intan Raihana.

Friday, January 22, 2010

Don't be sad (Jangan bersedih)


1. Jangan bersedih kerana kehidupan itu singkat dari apa yang anda bayangkan.
2 .Jangan bersedih kerana anda berbeza dengan orang lain.
3. Jangan bersedih,nikmatilah apa yang anda miliki saat ini.
4. Jangan bersedih kerana pilihan Allah adalah pilihan terbaik.

5. Jangan bersedih kerana Rahmat Allah melimpah.
6. Jangan bersedih kerana kekuasaan manusia itu lemah
7. Jangan bersedih kerana dunia ini tidak layak ditangisi.
8. Jangan bersedih,ingatlah selalu kepada Allah.
9. Jangan bersedih,hanya kerana niat anda terhalang.
10. Jangan bersedih kerana dunia ini tidak mungkin sepi dengan permusuhan.
11. Jangan bersedih,Iman adalah ubat yang paling mujarab.
12. Jangan bersedih,selama anda masih dapat berbuat baik dengan orang lain.