Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Saturday, February 20, 2010

muhasabah


tiba-tiba terjaga dari tidur.........

terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan . Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga ,sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam trrsebut. Mulanya dari langkah pertama,berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur,bukan mengomel penuh kekesalan . Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.



Manusia Sering Menolak Hidayah......Bagaimana ?
  1. berpaling daripada hukum Allah s.w.t.
  2. mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t
  3. berpaling daripada tanda-tanda kekuasaa- Nya serta keesaan-Nya.
  4. mengelak daripada berbelanjakan wang ke jalan Allah.
  5. tidak suka berzikir menyebut nama Allah.
  6. lalai daripada mengingat akhirat.
  7. tidak membaca al-Quran dan merenungi isi kandungannya apatah lagi beramal dengan ajarannya.
  8. tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah kepadanya.
  9. terlalu mengikut hawa nafsu.
  10. mudah terpesona denga godaan syaitan dan tipu dayanya.
  11. memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan.

Bagaimana Merebut Hidayah?

  • Berpegang teguh dengan Agama.
  • Beriman dengan Allah s.w.t dengan sebaik-baik iman.
  • Beramal dengan al-Quran dan sunnah.
  • Berilmu.
  • Tidak menjadi hamba hawa nafsu.
  • Bermujahadah.
  • Taat pada Allah dan Rasul-Nya.
  • Bersabar fillah, billah dan `alallah
  • Berdoa kepada Allah.
  • Memperbanyakkan amalan sunnat.
  • Mendengar ceramah,peringatan atau tazkirah