Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Wednesday, February 24, 2010

IQRA MAUIDZAH [untuk renungan bersama]

Menasihati Manusia Suatu Tanggungjawab

Antara hak Muslim ke atas Muslim lain ialah tegur dan menasihati untuk menapis kemelut kehidupan agar segala gelodak kekotoran prilaku dapat disingkir daripada masyarakat.

Kepada orang yang ditegur dan dinasihat jangan cepat tersinggung dan marah,kerana pihak menasihati sedang berusaha memperbaiki dirinya. Ibarat beli alat penapis untuk menyaring air yang keruh berkeladak.

Sewajarnya berasa bertuah kerana ada pihak yang sudi memberi alat penapis air dengannya dapat air yang bersih. Bahkan sepatutnya merasa terhutang budi,kepada orang yang memberi nasihat.

Ini kerana orang yang menegur itu bertujuan mulia,berusaha menapis akhlak daripada segala perangai agar menjadi baik.

Melihat perkara buruk pada peribadi kawannya maka wajiblah memberi nasihat kerana kawan itu sahabat kita.

Sebaliknya jika kita menerima teguran hendaklah merasa mujur dan bertuah kerana ada pihak yang sudi selamatkan kita dari kesalahan dan kesilapan.

Menegur dan nasihat janganlah dengan jerkah dan marah.kerana dengan itu kita telah menghukum orang itu di pihak yang salah. Sedangkan ketika itu baru di peringkat tegur bukan menghukum ,berbahasa dengan lembut dan bersopan.

Jdi kewajipan seorang Muslim berusaha sungguh untuk menerap dan memasukkan rasa gembira ke dalam jiwa seseorang.Sama ada melalui budi bahasa atau tegur sapa juga mengadakan jmuan atau hadiah yang boleh menggembirakan hati orang.

Sabda termasyhur Nbi s.a.w " Tidak beriman seorang kamu hingga dia merasa kasih kepada saudaranya ,apa saja yang disayang untuk dirinya."

Untuk menjadi mukmin sejati tidak memadai hanya dengan menunaikan solat ,puasa,zakat dan haji sahaja.

Bahkan perlu ditambah dengan perahati orang lain seperti melihat diri sendiri. Apa saja yang dikehendaki dirinya begitu juga yang mesti dilakukan kepada orang lain.

Nabi s.a.w mengajar mengenai orang lain pada hakikatnya ialah saudara sendiri.Kerana seluruh insan berasal dari Adam a.s.

Walau sepupu atau sejuta pupu sekalipun namun mrreka tetap saudara . Mesti sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kita inginkan kesenangan sebagaimana orang lain juga.,apabila memiliki rezeki terutama makanan sayogia ada ingatan kepada jiran tertangga.

Walaupun mereka bukan waris dari sudut darah daging kita,tetapi dari segi Islam adalah bersaudara.

Apatah lagi orang itu sesama Islam yang baik di klangan orang alim dan seumpamanya. ,semakin erat hubungannya.