Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Wednesday, February 17, 2010

Mengapa saya mesti menguasai ICT?



ICT dalam kurikulum sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk memproses dan akses maklumat serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan efisien.

Sekiranya budaya mengintergrasikan ICT ini dapat dipupuk dalam setiap perancangan akademik sekolah,maka ia akan memberi pengalaman,pembelajaran baru sekali gus menganjak paradikma pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sememangnya kurikulum sekolah menuntut supaya warga sekolah,guru dan murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran literasi ICT.

Konsep pembelajaran secara self-paced,self-accessed dan self-directed yang jelas memberikan cabaran kepada guru untuk mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat dinamik dan kolaboratif dalam ICT.

Senario di mana makmal komputer dan peralatan sokongan pembelajaran seperti komputer,projektor multimedia dan perisian kursus pendidikan bagi melaksanakan dasar baru Kementerian Pendidikan - pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menambahkan lagi cabaran dalam keseluruhan bidang pengajaran dan pembelajaran ICT di sekolah.

Mengapa saya mesti menguasai ICT ?

Dalam bidang pendidikan,penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah dengan menggunakan tutorial,juga untuk pembelelajaran penerokaan,serta digunakan sebagai alat aplikasi dan alat pemudah komunikasi.
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dengan lebih interaktif dengan ini pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan.

Dengan menguasai ICT juga,ia boleh mewujudkan suasana pembelajaran aktif disamping meningkatkan daya kretiviti guru,pelajar dan juga alat untuk memotivasikan pelajar.


ICT juga membolehkan seorang guru seperti saya melakukan eksperimen yang sukar atau terlalu mahal dan mustahil dilaksanakan.


Dengan adanya ICT sebagai alat melaksanakan tugas pembelajaran,ia juga dapat membantu menjimatkan masa pembelajaran dan membolehkan


Guru dapat memberi tumpuan kepada objektif utama pembelajaran dan juga dapat meningkatkan kecekapan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar-pelajar.


Dengan menguasai ICT,ia juga adalah sebagai alat pemudah komunikasi yang membolehkan guru-guru mempelajari pembelajaran jarak jauh dilakukan dengan sempurna dan jayanya.

Dengan ICT juga,guru-guru dan pelajar dapat mencari maklumat yang sukar diperoleh dari bahan cetakan lain.

ICT memudahkan proses komunikasi antara guru dan pelajar serat rakan seperjuangan seperti yahoo massenger.
ICT juga dapat membantu guru dalam membentuk penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui kaedah peer group.

ICT membolehkan komunikasi menjadi berkesan,cepat,mudah dan murah kerana 300juta orang telah menggunakan internet untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.


Dengan ICT,seorang guru boleh mengadakan mesyuarat perkongsian maklumat dan perbincangan dapat dilakukan melalui telesidang.


ICT juga membolehkan sistem bayaran dalam talian dan setempat digunakan.

Disamping dalam pendidikan dan pembelajaran di sekolah,ICT juga digunakan dalam industri perbankan yang meluas contohnya : mesin ATM.


Selain itu,di kompleks membeli-belah dengan penggunaan barcode menggantikan tanda harga.

Dengan menguasai ICT,guru dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai 'World Class Teacher' dalam menangani isu-isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara global.

Warga pendidik khususnya dapat memainkan peranan mereka dengan penuh yakin dan berketerampilan membimbing anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang,terbilang dan gemilang.